KAJANG : Setiap tahun tuntutan perasaan untuk turut serta bersama keluarga meraikan Syawal menjelma pasti membuak-buak namun apakan daya… tirai besi menjadi pemisah kepada harapan itu.
Meskipun jasad mereka mungkin tidak bersama dengan ahli keluarga, sebaliknya kuih raya yang merupakan hasil air tangan penghuni Penjara Wanita Kajang sebagai peneman di pagi Aidilfitri.
Tempoh menjalani pemulihan menyebabkan hari kemenangan itu dirai tanpa insan tersayang di sisi namun hanya rakan senasib dan warden penjara kini sudah ibarat keluarga kedua.
Menceritakan situasi yang menyentuh perasaan itu, Hafidah (bukan nama sebenar) yang terpalit dengan kes dadah berkata, meskipun teruja dapat menghasilkan kuih raya untuk keluarga namun itu bukan tiket untuk dia bertemu dengan keluarganya.
“Kuih raya boleh dipesan daripada kakitangan penjara mahupun keluarga untuk mereka rasa air tangan kita di dalam penjara.
“Pesanan hanya akan dihantar melalui kakitangan penjara jadi keluarga boleh ambil (kuih raya) di ruang yang disediakan… untuk penghuni kita memang tidak bersemuka dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Peristiwa silam yang menimpa Hafidah membuatkan dirinya dimasukkan ke penjara buat kali kedua selain ini merupakan tempoh yang lebih panjang baginya untuk menjalani hukuman.
Apa yang lebih penting, dia bersyukur kerana masih mampu membuat ahli keluarga tersenyum tatkala takbir raya berkumandang di pagi Syawal tanpa keberadaannya.
Ditanya mengenai juadah hari raya yang paling dirindui, Hafidah ternyata tidak mampu lagi menahan sebak dan perkongsiannya itu juga turut diiringi dengan linangan air mata.
Menu hari raya yang disajikan oleh pihak penjara mungkin sama namun sentuhannya mungkin tidak akan serupa apatah lagi ia melibatkan air tangan ibunya.
“Siapa yang tak rindu air tangan mak, kalau ditanya saya memang teringin sangat nak makan kuah kacang dan nasi himpit masakan mak… mak memang tahu kegemaran saya jadi kebiasaannya pagi raya memang dia akan buat,” katanya.
Selain itu, Hafidah yang mempunyai dua orang cahaya mata turut memendam rindu terhadap anak-anaknya hasil daripada dua perkahwinan yang berbeza.
Tembok dan tirai besi yang memisahkan bagaimanapun tidak pernah sesekali memadamkan erti kasih sayang buat dirinya yang bergelar ibu.
Peluang yang terhad untuk bertemu dengan anak lebih memilukan apabila setiap kali ditanya bilakah ibu akan keluar dari penjara.
“Anak-anak memang ada datang melawat saya dan setiap kali berjumpa mereka terlalu harapkan untuk saya pulang… soalan yang sama ditanya berulang kali bila mama balik,” luahnya.
Perjalanan hidup mereka mungkin berbeza namun siapalah kita untuk menghukum kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai hak untuk menikmati kemanisan Syawal.
Peluang kedua kini ditagih untuk kembali dan meneruskan kehidupan bersama masyarakat dan keluarga pada masa akan datang.
Apa yang didepani mereka mungkin sudah menjadi ketentuan selain mengambil kira faktor undang-undang yang memaksa mereka untuk hidup di sebalik kamar besi.
Menghitung hari pembebasan sememangnya saat yang sukar namun mereka percaya ia bakal mendatangkan kebaikan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik disamping mengharapkan keampunan ilahi.
Saksikan paparan kisah mereka menerusi AWANI745 malam ini.
Hilmi Malik
Sat Apr 22 2023
Air tangan penghuni Penjara Wanita Kajang jadi pengubat rindu buat keluarga di pagi Syawal. - Foto Astro AWANI
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Siti Bainun alami penurunan berat, tarik perhatian umum
Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu kini merosot kepada 90kg sahaja.
Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini
Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap Siti Bainun Ahd Razali yang didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja bernama Bella.
[LAPORAN KHAS] Titipan kuih raya dari tirai besi, peneman keluarga di Aidilfitri
Kuih raya dari penjara menjadi pengganti diri buat keluarga di pagi Syawal tatkala diri masih lagi menjalani hukuman di sebalik tirai besi.
Hukuman penjara peluang pertama untuk saya berubah - Af
Af mengakui saat melangkah masuk ke Penjara Kajang enam tahun lepas merupakan peluang keemasan diberikan Allah SWT kepadanya untuk berubah menjadi muslim yang taat dan patuh kepada ajaran Islam.
Permohonan Najib bagi semakan sabit kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas Perdana Menteri itu.
Tahap kesihatan Najib kini dalam keadaan yang baik - HRC
Pakar perubatan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) mengesahkan hasil pemeriksaan terkini terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik.
Najib masih di Penjara Kajang - Pegawai khas
Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai khas bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Lutfi Azhar ketika ditemui media di lobi Mahkamah Tinggi, hari ini.
Najib dipenjara: 'Ini bukan sesuatu yang menggembirakan, saya naikkan dia jadi PM' - Tun M
Dr Mahathir menjelaskan kemungkinan untuk Najib membuat kemunculan semula politik akan terletak dengan potensi pengampunan diraja.
Jabatan Penjara nafi Najib diberi layanan VIP
Dalam satu muat naik di Facebook, Jabatan Penjara Malaysia menggesa agar dihentikan penyebaran berita palsu berkaitan perkara tersebut.
Kes SRC Najib: Penjara Kajang jadi tumpuan media
Kebanyakan pengamal media berkumpul seawal jam 7.30 pagi, dengan tumpuan terarah kepada pergerakan Ahli Parlimen Pekan itu.